Trace Id is missing

Tambahan Perkhidmatan Laporan Microsoft® SQL Server® 2012 SP2 untuk Microsoft® SharePoint®

Tambahan Perkhidmatan Laporan SQL Server 2012 Pek Khidmat 2 (SP2) untuk teknologi Microsoft SharePoint membolehkan anda menyepadukan ciri Perkhidmatan Laporan dengan pengalaman SharePoint kolaboratif.

Penting! Tindakan memilih bahasa di bawah akan menukar kandungan halaman lengkap secara dinamik kepada bahasa tersebut.

Muat Turun
  • Versi:

    11.0.5058.0

    Tarikh Diterbitkan:

    10/6/2014

    Nama Fail:

    MSL\x64\rsSharePoint.msi

    Saiz Fail:

    44.3 MB

    Tambahan Perkhidmatan Laporan SQL Server 2012 SP2 untuk teknologi Microsoft SharePoint menggunakan halaman dan ciri antara muka pengguna Perkhidmatan Laporan pada pelayan bahagian depan web SharePoint.

    Setelah anda memasang Tambahan Perkhidmatan Laporan dan mengkonfigurasikan pelayan anda untuk penyepaduan, anda boleh menerbitkan kandungan Perkhidmatan Laporan kepada pustaka SharePoint dan kemudian melihat dan menguruskan dokumen tersebut terus dari tapak SharePoint. Tambahan Perkhidmatan Laporan menyediakan kefungsian berikut:

    • Power View, suatu ciri Tambahan Perkhidmatan Laporan Microsoft SQL Server 2012 SP2 untuk Microsoft SharePoint Server 2010 Enterprise Edition, adalah pengalaman penjelajahan data, penggambaran dan persembahan interaktif. Ia menyediakan pelaporan ad hoc seret dan lepas untuk pengguna perniagaan seperti penganalisis data, pembuat keputusan perniagaan dan pekerja maklumat. Laporan Power View kini dalam format fail baru, RDLX.
    • Membuka laporan dalam Report Builder dari pustaka SharePoint dan menyimpan laporan ke pustaka SharePoint.
    • Bahagian Web Pemapar Laporan, yang menyediakan keupayaan melihat laporan, mengeksport ke berbilang format persembahan, navigasi halaman, cari, cetak dan zum.
    • Halaman web SharePoint agar anda dapat mencipta langganan dan jadual serta menguruskan laporan dan sumber data.
    • Sokongan untuk ciri-ciri standard SharePoint Foundation 2010 dan SharePoint Server 2010 termasuk pengurusan dokumen, kolaborasi, keselamatan dan penggunaan dengan jenis kandungan pelayan laporan.
    • Keupayaan untuk menambahkan Bahagian Web Pemapar Laporan Perkhidmatan Laporan pada sebarang halaman atau papan pemuka pada tapak SharePoint dan menyesuaikan penampilannya.
    • Keupayaan untuk menggunakan peringkat keizinan dan peranan SharePoint untuk mengawal capaian ke kandungan pelayan laporan. Anda turut boleh menggunakan pengesahan borang SharePoint untuk menyokong capaian melalui sambungan Internet.
    • Isyarat data Perkhidmatan Laporan, penyelesaian pengisyaratan yang dipacu data untuk SharePoint Server 2010 Enterprise Edition yang memaklumkan anda mengenai perubahan dalam data laporan yang anda inginkan pada waktu yang berkenaan.

    Untuk mendapatkan senarai terperinci mengenai apa yang baru dalam Perkhidmatan Laporan, lihat Apa Yang Baru (Perkhidmatan Laporan) untuk maklumat selanjutnya.
  • Sistem Pengendalian yang Disokong

    Windows 7, Windows 7 Service Pack 1, Windows 8, Windows 8.1, Windows Server 2008 R2, Windows Server 2008 R2 SP1, Windows Server 2012, Windows Server 2012 R2

    • 37 MB ruang cakera keras yang tersedia diperlukan untuk Tambahan.
    • Semak dokumentasi Windows SharePoint Foundation atau SharePoint Services 2010 untuk keperluan sistem berkaitan.

    Komputer mesti memenuhi keperluan perisian berikut:
    • Satu daripada berikut:
      • Microsoft SharePoint 2010.
      • Microsoft SharePoint Foundation 2010 dengan Sokongan Kebolehaturcaraan .NET.
      • Microsoft SharePoint Server 2013.
    • Perkhidmatan Laporan SQL Server 2012 SP2 dalam mod SharePoint diperlukan jika anda ingin menggunakan ciri Perkhidmatan Laporan mod bersambung.
    • Tapak Web tidak boleh didayakan untuk capaian Tanpa nama.
    • Microsoft Internet Explorer 7.0 dengan pek khidmat terkini.
  • Anda boleh memasang dan mengkonfigurasi pelayan dalam sebarang tertib, tetapi operasi bersepadu tidak akan tersedia sehingga langkah konfigurasi selesai untuk kedua-dua pelayan. Untuk maklumat terperinci mengenai langkah pemasangan, lihat Readme untuk Tambahan Perkhidmatan Laporan sedia ada.

      Langkah 1: Pasang tika produk SharePoint.

      Langkah 2: Muat turun Tambahan Perkhidmatan Laporan (RsSharePoint.msi) dengan mengklik butang Muat Turun pada halaman ini. Untuk memulakan pemasangan dengan segera, klik Jalankan. Untuk memasang kemudiannya, klik Simpan.

      Langkah 3:Pasang Tambahan Perkhidmatan Laporan pada pelayan bahagian depan untuk membenarkan kefungsian Perkhidmatan Laporan mod tempatan. Untuk kefungsian Perkhidmatan Laporan mod bersambung, lengkapkan baki langkah.

      Langkah 4: Pasang Perkhidmatan Laporan SQL Server 2012 SP2 pada pelayan aplikasi SharePoint. Dalam bestari pemasangan SQL Server 2012 SP2, pilih ‘Perkhidmatan Laporan – SharePoint’ pada halaman pilihan ciri. Anda turut boleh memasang tambahan Perkhidmatan Laporan daripada bestari pemasangan SQL Server 2012 berbanding memuat turun dari halaman ini.

      Langkah 5:Konfigurasikan perkhidmatan Perkhidmatan Laporan SharePoint dan cipta sekurang-kurangnya satu aplikasi perkhidmatan Perkhidmatan Laporan.

      Langkah 6: Setkan keizinan dan tambahkan jenis kandungan Perkhidmatan Laporan.

      Langkah 7: Sahkan pemasangan.

    Tambahan Perkhidmatan Laporan hendaklah dipasang pada setiap pelayan web SharePoint yang anda ingin gunakan untuk mencapai ciri mod Tempatan Perkhidmatan Laporan atau ciri mod SharePoint bersambung seperti Power View dan isyarat data.

    Untuk maklumat terperinci mengenai memasang tambahan, lihat "Pasang atau Buang Pemasangan Tambahan Perkhidmatan Laporan untuk SharePoint”.

    Untuk mendapatkan maklumat mengenai muat turun SQL Server 2012 SP2, lihat “Muat turun Pek Khidmat 2 untuk Microsoft® SQL Server® 2012”.


  • Bahasa Disokong

    Halaman aplikasi yang anda gunakan pada tapak SharePoint untuk melihat dan menguruskan item pelayan laporan dan ralat serta amaran yang muncul pada halaman tersebut, tersedia dalam bahasa yang disokong. Mesej yang berasal daripada pelayan laporan dan laporan yang anda reka bentuk dalam Report Designer tersedia hanya dalam bahasa yang disokong oleh SQL Server 2012. Report Builder untuk SQL Server 2012 menyokong bahasa yang sama seperti Tambahan Perkhidmatan Laporan. Jika anda ingin mencipta laporan yang mengandungi tajuk dan label dalam bahasa yang tidak disokong oleh SQL Server 2012 dan Report Designer, anda sebaliknya boleh menggunakan Report Builder. Contohnya, jika anda menggunakan versi bahasa Czech bagi produk atau teknologi SharePoint dan anda ingin mencipta laporan yang menggunakan tajuk dan label berbahasa Czech, mulakan Report Builder dari tapak SharePoint dan cipta laporan anda. Apabila anda memuat turun Tambahan Perkhidmatan Laporan, anda mesti memilih bahasa. Bahagian Web Pemapar Laporan (ReportViewer.dwp) akan tersedia hanya dalam bahasa yang anda pilih. Halaman aplikasi dan mesej akan tersedia dalam semua bahasa yang disokong, tanpa mengira bahasa yang anda pilih pada halaman Muat Turun.