Trace Id is missing

Tambahan Perkhidmatan Pelaporan Microsoft® SQL Server® 2012 SP4 untuk Microsoft® SharePoint®

SQL Server 2012 Pek Perkhidmatan 4 (SP4) Tambahan Perkhidmatan Pelaporan untuk teknologi Microsoft SharePoint mengizinkan anda mengintegrasikan ciri Perkhidmatan Pelaporan dengan usaha sama pengalaman SharePoint.

Penting! Tindakan memilih bahasa di bawah akan menukar kandungan halaman lengkap secara dinamik kepada bahasa tersebut.

Muat Turun
  • Versi:

    11.0.7001.0

    Tarikh Diterbitkan:

    4/10/2017

    Nama Fail:

    rsSharePoint.msi

    Saiz Fail:

    44.3 MB

    Tambahan Perkhidmatan Pelaporan SQL Server 2012 SP4 untuk teknologi Microsoft SharePoint yang menggunakan halaman antara muka pengguna Perkhidmatan Pelaporan dan ciri pada pelayan bahagian depan web SharePoint.

    Selepas anda memasang Tambahan Perkhidmatan Pelaporan dan konfigurasi pelayan anda untuk integrasi, anda boleh menerbitkan kandungan Perkhidmatan Pelaporan ke pustaka SharePoint dan kemudian lihat dan urus dokumen tersebut dari tapak SharePoint. Tambahan Perkhidmatan Pelaporan menyediakan fungsian berikut:

    • Power View, ciri Perkhidmatan Pelaporan Microsoft SQL Server 2012 SP1 untuk Edisi Microsoft SharePoint Server 2010 Enterprise, merupakan pengalaman penjelajahan, visualisasi dan persembahan data yang berinteraksi. Ciri ini menyediakan pelaporan ad hoc seret dan lepas untuk pengguna perniagaan seperti penganalisis data, pembuat keputusan perniagaan dan pekerja bidang maklumat. Laporan Power View berada dalam format fail baru, RDLX.
    • Buka laporan dalam Pembina Laporan dari pustaka SharePoint dan simpan laporan pada pustaka SharePoint.
    • Bahagian Web Pemapar Laporan, yang memberikan keupayaan melihat laporan, mengeksport ke berbilang format pemaparan, navigasi halaman, carian, cetakan dan zum.
    • Halaman web SharePoint supaya anda boleh mencipta langganan dan jadual serta mengurus laporan dan sumber data.
    • Sokongan untuk ciri SharePoint Foundation 2010 dam SharePoint Server 2010 standard termasuk pengurusan dokumen, bekerjasama, keselamatan dan pengerahan dengan jenis kandungan pelayan laporan.
    • Keupayaan untuk menambah Bahagian Web Pemapar Laporan Perkhidmatan Pelaporan pada mana-mana halaman atau papan pemuka di tapak SharePoint dan menyesuaikan penampilannya.
    • Keupayaan untuk mengguna tahap keizinan SharePoint dan peranan untuk mengawal capaian ke kandungan pelayan laporan. Anda juga boleh menggunakan pengesahan borang SharePoint untuk menyokong capaian melalui sambungan Internet.
    • Amaran data Perkhidmatan Pelaporan merupakan penyelesaian amaran dipacu data nago Edisi SharePoint Server 2010 Enterprise yang memberitahu anda tentang perubahan dalam data laporan kepentingan anda dan pada masa yang tepat.

    Untuk senarai terperinci tentang yang baru dalam Perkhidmatan Pelaporan, lihat Apakah yang baru (Perkhidmatan Pelaporan) untuk maklumat lebih lanjut.
  • Sistem Pengendalian yang Disokong

    Windows 10, Windows 7, Windows 7 Service Pack 1, Windows 8, Windows 8.1, Windows Server 2008 R2, Windows Server 2008 R2 SP1, Windows Server 2012, Windows Server 2012 R2, Windows Server 2016

    • 37 MB disk space keras tersedia diperlukan untuk Add-in ini.
    • Mengkaji semula dokumentasi Windows SharePoint Foundation atau SharePoint Services 2010 untuk keperluan sistem yang berkaitan.

    Komputer mesti menepati keperluan perisian berikut:
    • Salah satu yang berikut:
      • Microsoft SharePoint 2010.
      • Microsoft SharePoint Foundation 2010 dengan Sokongan Kebolehprograman .NET.
      • Microsoft SharePoint Server 2013.
    • Untuk menggunakan ciri Perkhidmatan Pelaporan mod tersambung, Perkhidmatan Pelaporan SQL Server 2012 SP4 dalam mod SharePoint adalah diperlukan.
    • Tapak Web tidak boleh didayakan untuk akses Awanama.
    • Microsoft Internet Explorer 7.0 dengan pek perkhidmatan terkini.
  • Anda boleh memasang dan mengkonfigurrasi pelayan dalam sebarang tertib, tetapi pengendalian bersepadu tidak akan tersedia sehingga langkah konfigurasi telah selesai untuk kedua-dua pelayan. Untuk maklumat terperinci tentang langkah pemasangan, lihat Readme untuk Tambahan Perkhidmatan Pelaporan yang sedia ada.

      Langkah 1:Pasang tika produk SharePoint.

      Langkah 2:Muat turun Tambahan Perkhidmatan Pelaporan dalam (RsSharePoint.msi) dengan mengklikkan butang Muat Turun pada halaman ini. Untuk memulakan pemasangan dengan serta-merta, klik Jalankan. Untuk memasng kemudian, klik Simpan.

      Langkah 3:Untuk mengizinkan kefungsian Perkhidmatan Pelaporan mod setempat, Pasangkan Tambahan Perkhidmatan Pelaporan pada pelayan bahagian depan. Untuk kefungsian Perkhidmatan Pelaporan mod tersambung, lengkapkan langkah yang seterusnya.

      Langkah 4:Pasangkan Perkhidmatan Pelaporan SQL Server 2012 SP4 pada pelayan aplikasi SharePoint. Dalam bestari pemasangan SQL Server 2012 SP4, pilih ‘Perkhidmatan Pelaporan – SharePoint’ pada halaman pilihan ciri. Anda juga boleh memasang tambahan Perkhidmatan Pelaporan dari bestari pemasangan SQL Server 2012 selain daripada memuat turun dari halaman ini.

      Langkah 5:Konfigurasikan perkhidmatan untuk Perkhidmatan Pelaporan SharePoint dan ciptakan sekurang-kurangnya satu aplikasi perkhidmatan bagi Perkhidmatan Pelaporan.

      Langkah 6:Tetapkan kebenaran dan tambah jenis kandungan Perkhidmatan Pelaporan.

      Langkah 7:Sahkan pemasangan.

    Tambahan Perkhidmatan Pelaporan harus dipasang pada setiap pelayan web SharePoint yang ingin anda gunakan untuk mencapai ciri mod Setempat Perkhidmatan Pelaporan atau ciri mod SharePoint tersambung seperti Power View dan amaran data.

    Untuk maklumat terperinci mengenai pemasangan tambahan, lihat "Pasang atau Buang pemasangan Tambahan Perkhidmatan Pelaporan bagi SharePoint”.

    Untuk maklumat tentang memuat turun SQL Server 2012 SP4, lihat “Muat Turun Pek Perkhidmatan 3 untuk Microsoft® SQL Server® 2012”.


  • Bahasa yang Disokong

    Halaman aplikasi yang anda gunakan pada tapak SharePoint untuk melihat dan mengurus item pelayan serta ralat dan amaran yang muncul pada halaman itu adalah tersedia dalam bahasa yang disokong. Mesej yang berasal dari pelayan laporan dan laporan yang anda rekakan dalam Pereka Laporan tersedia hanya dalam bahawa yang disokong oleh SQL Server 2012. Pembina Laporan untuk SQL Server 2012 menyokong bahasa yang sama dengan Tambahan Perkhidmatan Pelaporan. Jika anda ingin mencipta laporan yang mengandungi tajuk dan label dalam bahasa yang tidak disokong oleh SQL Server 2012 dan Pereka Laporan, sebaliknya anda boleh menggunakan Pembina Laporan. Sebagai contoh, jika anda menggunakan versi bahasa Czech language bagi produk atau teknologi SharePoint dan anda ingin mencipta laporan menggunakan tajuk dan label Czech, mulakan Pembina Laporan dari tapak SharePoint dan cipta laporan anda. Apabila anda memuat turun Tambahan Perkhidmatan Pelaporan, anda mesti memilih bahasa. Bahagian Web Pemapar Laporan (ReportViewer.dwp) akan tersedia hanya dalam bahasa yang anda pilih. Halaman dan mesej aplikasi akan tersedia dalam semua bahasa yang disokong, tanpa kira bahasa yang anda pilih dalam halaman Muat Turun.