Trace Id is missing

Tambahan Perkhidmatan Pelaporan Microsoft® SQL Server® 2014 SP3 untuk Microsoft SharePoint®

Tambahan Perkhidmatan Pelaporan SQL Server 2014 SP3 untuk teknologi Microsoft SharePoint membolehkan anda menyepadukan ciri Perkhidmatan Pelaporan dengan pengalaman kolaboratif SharePoint.

Penting! Tindakan memilih bahasa di bawah akan menukar kandungan halaman lengkap secara dinamik kepada bahasa tersebut.

Muat Turun
  • Versi:

    12.0.6024.0

    Tarikh Diterbitkan:

    28/2/2019

    Nama Fail:

    MSL\x64\rsSharePoint.msi

    Saiz Fail:

    54.5 MB

    Tambahan Perkhidmatan Pelaporan SQL Server 2014 SP3 untuk teknologi Microsoft SharePoint mengatur kedudukan halaman dan ciri antara muka pengguna Perkhidmatan Pelaporan pada pelayan bahagian hadapan SharePoint web.

    Selepas anda memasang Tambahan Perkhidmatan Pelaporan dan mengkonfigurasi pelayan anda untuk penyepaduan, anda boleh menerbitkan kandungan Perkhidmatan Pelaporan pada pustaka SharePoint dan kemudian melihat dan mengurus dokumen tersebut terus dari tapak SharePoint. Tambahan Perkhidmatan Pelaporan menyediakan fungsian berikut:

    • Power View, iaitu ciri Tambahan Perkhidmatan Pelaporan Microsoft SQL Server 2014 SP3 untuk Microsoft SharePoint Server 2010 Enterprise Edition, merupakan pengalaman penerokaan, penggambaran dan penyampaian data interaktif. Ciri ini menyediakan pelaporan ad hoc seret dan lepas untuk pengguna perniagaan seperti penganalisis data, pembuat keputusan perniagaan dan pekerja bidang maklumat. Laporan Power View adalah dalam format fail baharu, RDLX.
    • Buka laporan dalam Pembina Laporan dari pustaka SharePoint dan simpan laporan pada pustaka SharePoint.
    • Bahagian Web Pemapar Laporan, yang memberikan keupayaan melihat laporan, mengeksport ke berbilang format pemaparan, navigasi halaman, carian, cetakan dan zum.
    • Halaman web SharePoint supaya anda boleh membuat langganan dan jadual, serta mengurus sumber laporan dan data.
    • Sokongan untuk ciri standard SharePoint Foundation dan SharePoint Server termasuk pengurusan dokumen, usaha sama, keselamatan dan atur kedudukan dengan jenis kandungan pelayan laporan.
    • Keupayaan untuk menambah Bahagian Web Pemapar Laporan Perkhidmatan Pelaporan pada mana-mana halaman atau papan pemuka di tapak SharePoint dan menyesuaikan penampilannya.
    • Keupayaan untuk menggunakan tahap kebenaran dan peranan SharePoint untuk mengawal akses kepada kandungan pelayan laporan. Anda juga boleh menggunakan pengesahan borang SharePoint untuk menyokong akses melalui sambungan Internet.
    • Makluman data Perkhidmatan Pelaporan, iaitu penyelesaian makluman dipacu data untuk SharePoint Server Enterprise Edition yang memaklumkan anda mengenai perubahan dalam data laporan yang penting kepada anda dan pada masa yang berkaitan.

    Untuk senarai terperinci tentang perkara baharu dalam Perkhidmatan Pelaporan, lihat Apa yang Baharu (Perkhidmatan Pelaporan) untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  • Sistem Pengendalian yang Disokong

    Windows 10, Windows 7, Windows 7 Service Pack 1, Windows 8, Windows 8.1, Windows Server 2008 R2 SP1, Windows Server 2012, Windows Server 2012 R2

    • 37 MB ruang cakera keras tersedia diperlukan untuk Tambahan ini.
    • Semak dokumentasi Windows SharePoint Foundation atau Perkhidmatan SharePoint untuk keperluan sistem yang berkaitan.

    Komputer mesti memenuhi keperluan perisian berikut:
    • Salah satu yang berikut:
      • Microsoft SharePoint 2010 atau 2013.
      • Microsoft SharePoint Foundation dengan Sokongan Kebolehaturcaraan .NET.
    • Untuk menggunakan ciri Perkhidmatan Pelaporan mod bersambung, Perkhidmatan Pelaporan Microsoft SQL Server 2014 SP3 dalam mod SharePoint diperlukan.
    • Tapak Web tidak boleh didayakan untuk akses Awanama.
    • Microsoft Internet Explorer 7.0 dengan pek perkhidmatan terkini.
  • Anda boleh memasang dan mengkonfigurrasi pelayan dalam sebarang tertib, tetapi pengendalian bersepadu tidak akan tersedia sehingga langkah konfigurasi telah selesai untuk kedua-dua pelayan. Untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang langkah pemasangan, lihat Readme untuk Tambahan Perkhidmatan Pelaporan yang sedia ada.

      Langkah 1: Pasang tika produk SharePoint.

      Langkah 2: Muat turun Tambahan Perkhidmatan Pelaporan (RsSharePoint.msi) dengan mengklik butang Muat Turun di halaman ini. Untuk memulakan pemasangan dengan serta-merta, klik Jalankan. Untuk memasang kemudian, klik Simpan.

      Langkah 3:Untuk membenarkan fungsian Perkhidmatan Pelaporan mod setempat, Pasang Tambahan Perkhidmatan Pelaporan pada pelayan bahagian hadapan web. Untik fungsian Perkhidmatan Pelaporan mod bersambung, lengkapkan langkah yang selanjutnya.

      Langkah 4: Pasang Perkhidmatan Pelaporan SQL Server 2014 SP3 pada pelayan aplikasi SharePoint. Dalam bestari pemasangan SQL Server 2014 SP3, pilih ‘Perkhidmatan Pelaporan – SharePoint’ pada halaman pilihan ciri. Anda turut boleh memasang tambahan Perkhidmatan Pelaporan dari bestari pemasangan SQL Server 2014 SP3 berbanding memuat turun dari halaman ini.

      Langkah 5:Konfigurasikan perkhidmatan SharePoint Perkhidmatan Pelaporan dan buat sekurang-kurangnya satu aplikasi perkhidmatan Perkhidmatan Pelaporan.

      Langkah 6: Tetapkan kebenaran dan tambah jenis kandungan Perkhidmatan Pelaporan.

      Langkah 7: Sahkan pemasangan.

    Tambahan Perkhidmatan Pelaporan harus dipasang pada setiap pelayan web SharePoint yang anda mahu gunakan untuk mengakses ciri mod Setempat Perkhidmatan Pelaporan atau ciri mod SharePoint bersambung seperti Power View dan makluman data.

    Untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang pemasangan tambahan ini, lihat "Pasang atau Nyahpasang Tambahan Perkhidmatan Pelaporan untuk SharePoint”.