Trace Id is missing

Microsoft Power BI Desktop

Microsoft Power BI Desktop dibina untuk penganalisis. Ini merupakan gabungan pemvisualan interaktif tercanggih, dilengkapi dengan ciri pertanyaan data dan pemodelan yang terunggul dalam industri. Buat dan terbitkan laporan anda ke Power BI. Power BI Desktop membantu anda memberi kuasa kepada orang lain dengan pemahaman yang kritikal tepat pada masanya, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Penting! Tindakan memilih bahasa di bawah akan menukar kandungan halaman lengkap secara dinamik kepada bahasa tersebut.

  • Versi:

    2.137.751.0

    Tarikh Diterbitkan:

    14/10/2024

    Nama Fail:

    PBIDesktopSetup.exe

    PBIDesktopSetup_x64.exe

    Saiz Fail:

    505.4 MB

    545.3 MB

    Microsoft Power BI Desktop ialah aplikasi desktop pengiring kepada Power BI.

    Dengan Power BI Desktop, anda boleh:
    • Mendapatkan data
      • Power BI Desktop memudahkan untuk menemui data. Anda boleh mengimport data daripada pelbagai sumber data. Selepas anda menyambung ke sumber data, anda boleh membentuk data untuk sepadan dengan keperluan analisis dan laporan anda.
    • Cipta perhubungan dan perkayakan model data anda dengan ukuran dan format data yang baharu
      • Apabila anda mengimport dua atau lebih jadual, selalunya anda perlu mencipta perhubungan antara jadual-jadual tersebut. Power BI Desktop menyertakan dialog Urus Perhubungan dan paparan Perhubungan yang mana anda boleh menggunakan Autokesan untuk membolehkan Power BI Desktop mencari dan mencipta sebarang perhubungan atau anda boleh menciptanya sendiri. Anda juga boleh mencipta ukuran dan pengiraan anda sendiri dengan mudah atau menyesuaikan format data dan kategori bagi memperkayakan data anda untuk pemahaman tambahan.
    • Cipta laporan
      • Power BI Desktop menyertakan Paparan Laporan. Pilih medan yang anda inginkan, tambahkan penapis, pilih pelbagai visualisasi, formatkan laporkan anda dengan warna, gradien dan beberapa opsyen lain yang tersuai. Paparan Laporan memberikan anda alat laporan dan visualisasi yang hebat sepertimana anda mencipta laporan pada PowerBI.com.
    • Simpan laporan anda
      • Dengan Power BI Desktop, anda boleh menyimpan kerja anda sebagai fail Power BI Desktop. Fail Power BI Desktop mempunyai sambungan .pbix.
    • Muat naik atau Terbitkan laporan anda
      • Anda boleh memuat naik laporan yang anda cipta dan simpan dalam Desktop pada laman Power BI anda. Anda juga boleh menerbitkannya pada Power BI terus daripada Power BI Desktop.
  • Sistem Pengendalian yang Disokong

    Windows 10, Windows Server 2012 R2, Windows Server 2012, Windows 8, Windows 8.1, Windows Server 2016, Windows Server 2019, Windows 11

    Microsoft Power BI Desktop memerlukan Internet Explorer 10 atau yang lebih terkini.

    Microsoft Power BI Desktop tersedia untuk platform 32-bit (x86) dan 64-bit (x64).
  • Muat turun versi Power BI Desktop yang sepadan dengan seni bina (x86 atau x64) Windows OS anda. Jalankan pemasang EXE dan ikut langkah-langkah persediaan.