Teknologi di dalam kelas anda
Dengan applikasi Microsoft dan sumber yang percuma dapat membantu anda membuat persiapan untuk kelas anda, mengajar, menilai, mengikuti dan menganalisa, anda akan mempunyai lebih masa untuk fokus kepada perkara yang lebih penting: pelajar anda.
Membuat persiapan untuk kelas anda
Sama ada anda menyediakan tugasan, mengedarkan kandungan pembelajaran, atau menjejak kerja sekolah, kesemua ini mengambil masa. Jadikan ia lebih efisien dengan Sway, OneNote, dan Teams.
OneNote
Merancang kerja dengan lebih teratur dengan OneNote Class Notebook yang didatangkan dengan ruang kerja peribadi,perpustakaan dan ruang untuk pelajar berkolaborasi.
Bercerita secara digital dengan Sway
Anda dan pelajar anda boleh mencipta kisah digital yang berkualiti tinggi dan interaktif dengan pantas menggunakan imej, teks, video, dan sumber media yang lain.
Microsoft Teams
Atur aliran kerja kelas anda dan berinteraksi dengan setiap pelajar melalui Microsoft Teams.
Penyampaian arahan dan penilaian
Manfaatkan masa untuk penyampaian arahan dan penilaian anda dengan teknologi Microsoft, termasuk Windows 11, Teams dan OneNote Class Notebook.
Windows 11
Tingkatkan penyampaian arahan dan penilaian dengan kemudahan terbina dalam Windows, termasuk Office 365 dengan Word, Excel, PowerPoint, OneNote, dan Teams.
Microsoft Teams
Atur aliran kerja kelas anda dan berinteraksi dengan setiap pelajar melalui Microsoft Teams.
OneNote Class Notebook
Jimatkan masa dan jadikan tugasan anda lebih teratur dengan OneNote Class Notebook, yang didatangkan dengan ruang kerja peribadi, perpustakaan, dan ruang untuk pelajar berkolaborasi.
Menilai dan meningkatkan kemajuan pelajar
Manfaatkan sumber analisis data untuk menilai kemajuan pelajar, mengenal pasti pelajar LINUS, meningkatkan pembelajaran, dan mengoptimumkan sumber pembelajaran.
Power BI
Dengan papan pemuka yang memaparkan data kritikal pelajar, anda boleh memantau kemajuan, membuat laporan interaktif, dan mengakses data di mana-mana sahaja.
Excel
Mengikuti kemajuan pelajar anda, kemaskini, dan masukkan peristiwa penting dalam format yang mudah.
Azure
Mengikuti dan menganalisa kemajuan pelajar anda dengan selamat dan mudah melalui perkhidmatan berasaskan awan, Microsoft Azure.
Microsoft Learn Educator Center
Menyelam jauh ke dalam pembelajaran dengan pelajaran interaktif, mendapatkan jam pembangunan profesional, memperoleh pensijilan dan mencari program yang membantu memenuhi matlamat anda.
Peranti serba boleh dengan harga yang berpatutan menepati belanjawan sekolah anda
Mewujudkan pembelajaran kendiri dalam persekitaran kolaboratif
River Dell Regional School District memberikan komputer riba Windows 10 yang boleh digunakan dengan Office 365 dan OneNote kepada setiap murid dan guru. Guru bukan sahaja dapat bekerja dengan lebih efisien, malahan mereka dapat mewujudkan pembelajaran kendiri dalm persekitaran kolaboratif.