eduv2.msftedu.com
Langkau ke kandungan utama

Tonton acara Reimagine Education kami untuk mengetahui perkara baharu di Microsoft >

OneNote untuk Pendidikan

Bermula dengan percuma

Mengatur bilik darjah kini lebih mudak Didatangkan dengan ruang kerja peribadi untuk setiap pelajar, perpustakaan kandungan untuk bahan handout, dan sebuah ruang kolaborasi untuk pelajaran dan aktiviti kreatif, OneNote untuk Pendidikan memperkasa pelajar untuk mencipta kerja-kerja terbaik mereka.

Atur bilik darjah anda dengan OneNote

Alatan utama untuk mengatur bilik darjah, OneNote membolehkan anda mengatur pelan pembelajaran dan isi kandungan pelajaran anda di dalam buku catatan digital anda sendiri, dan memastikan agar anda sentiasa menjejaki setiap tugasan atau kilatan ilham.

Kekalkan kandungan anda di satu tempat

Simpan segalanya dalam OneNote dan gunakan keupayaan ‘cari’nya yang berkuasa untuk mencari apa yang anda mahu.

Akses nota anda pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

Akses dan edit buku catatan OneNote anda di mana-mana sahaja, pada mana-mana peranti.

Hidupkan nota anda

Dengan pendakwatan digital, nota tulisan tangan, diagram lakaran, video, dan gambar, OneNote menghidupkan nota anda.

Alatan pembelajaran

Memenuhi keperluan pelbagai kumpulan pelajar dengan Alatan Pembelajaran yang menyokong bacaan, penulisan, matematik, dan komunikasi.

Ada buku catatan untuk itu.

Sama ada anda seorang pelajar, guru, atau kaki tangan, terdapat sebuah Buku catatan OneNote yang dicipta khas untuk anda.

OneNote untuk pelajar

Hadiahkan setiap pelajar ruang peribadi, sebuah perpustakaan kandungan untuk bahan handout, dan ruang untuk berkolaborasi.

Buku catatan Kelas untuk guru

Para guru boleh mengatur pelan pembelajaran, mengumpul kerja rumah, dan menyediakan sokongan individu dengan mudah.

Buku catatan Kakitangan untuk pentadbir sekolah

Buku catatan Kakitangan menyediakan ruang kerja peribadi bagi setiap orang dan sebuah ruang berkolaborasi untuk semua.

Daftarkan seluruh sekolah anda secara percuma

Pelajar dan pendidik semuanya layak untuk mendapatkan Office 365 Education dengan percuma, termasuk OneNote, Word, Excel, PowerPoint dan Microsoft Teams baharu. Apa yang anda perlukan adalah alamat e-mel sekolah yang sah. Ia bukan percubaan - jadi bermula pada hari ini.

Latihan dan sokongan OneNote

Ubah bagaimana pelajar, guru, dan kakitangan berkolaborasi dengan kit peralatan OneNote, tutorial, dan sokongan secara percuma.

10 kegunaan terbaik menggunakan OneNote semasa anda mendidik dan belajar

Ketahui lebih lanjut mengenai 10 tip kegunaan terbaik mendidik dan belajar menggunakan OneNote dari sudut pendapat seorang pendidik.

Tutorial OneNote

Tutorial OneNote yang mudah difahami merangkumi semua topik daripada bagaimana untuk bermula hingga ke cara menghabiskan kerja rumah dengan lebih cepat.

Kit alatan OneNote untuk Guru

Pelajari cara untuk menjadi lebih teratur dan lebih produktif sambil membentuk dan menambahbaikan pelajaran anda dengan OneNote.

Sokongan OneNote

Dapatkan segala jawapan bagi OneNote dan OneNote Class Notebook di pusat bantuan pendidikan kami.

Soalan lazim