Manfaatkan masa di dalam kelas dan fokuskan lebih kepada pembelajaran
Setiap pendidik inginkan pelajar mereka berjaya dalam pembelajaran dan juga dalam hidup. Microsoft menyediakan teknologi untuk mencipta kelas yang inklusif, berpusatkan pelajar dan memberi peluang untuk belajar kepada semua.
Apabila pengalaman pelajar menjadi pemangkin , maka segalanya menjadi lebih bermakna. Suzanne Jones, Guru, Figarden Elementary
Hasil pembelajaran yang lebih baik
Suasana kelas yang inklusif dan berpusatkan pelajar mampu meningkatkan kadar pencapaian pelajar dan hasil pembelajaran. Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang memperkasakan pelajar untuk berdikari dan kreatif, menguasai kemahiran membaca,bahasa dan STEM serta mempersiapkan pelajar untuk masa depan mereka.
Mempertingkatkan pembelajaran yang berpusatkan pelajar
Kajian menunjukkan suasana kelas yang inklusif dan berpusatkan pelajar membawa kepada kejayaan pelajar secara keseluruhan, dan teknologi berupaya membantu Dengan teknologi Microsoft yang hebat seperti Office 365 Education Learning Tools, Flip, dan Teams, pendidik boleh memberi akses yang sama dan peluang untuk bersuara kepada setiap pelajar di dalam kelas bagi membantu mereka membina keyakinan diri dan kemahiran untuk abad ke-21.
Menyediakan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan dan alam pekerjaan di masa hadapan.
Memberi inspirasi kepada pelajar untuk berfikir secara kritikal dan kreatif dalam menyelesaikan masalah dengan alat bantu mengajar STEM dan permainan Minecraft: Edisi Education dan Paint 3D.
Jadikan masa di dalam kelas satu kelainan
Penjimatan masa sepenuhnya dari perancangan pembelanjaran sehingga penilaian pelajar. Membuat persiapan untuk kelas anda , mengajar, menilai, menjejak dan menganalisa dengan lebih efisyen dengan Teams, OneNote, dan banyak lagi.
Berhubung dengan pendidik di seluruh dunia
Bertemu pendidik yang mengagumkan, dapatkan latihan dan kurikulum yang terbukti berjaya dan belajar teknik pengajaran terbaru menggunakan teknologi, dan dapatkan sijil dalam komuniti khas untuk pendidik seperti anda.
Dapatkan Office 365 Education secara percuma
Dengan emel sekolah yang sah, para pelajar dan guru boleh mendapatkan Office 365 Education, termasuk Word, Excel, PowerPoint, OneNote dan Microsoft Teams, secara percuma.
Dapatkan Office Dengan PercumaDapatkan diskaun 10% untuk peranti Surface
Memperkasakan komunikasi,kolaborasi,kreativiti dan pemikiran kritis --bila-bila masa dan di mana sahaja.
JIMAT 10% UNTUK PERANTI WINDOWS DAN BANYAK LAGISumber daya untuk pendidikan inovatif
Dapatkan kertas putih, buku elektronik, dan kandunga yang lain yang boleh membantu anda mempelajari lebih mendalam dan mencari penyelesaian terbaik untuk bilik darjah anda
TEROKAI PUSAT SUMBER