eduv2.msftedu.com
Langkau ke kandungan utama

Tonton acara Reimagine Education kami untuk mengetahui perkara baharu di Microsoft >

Pengurusan kejayaan dan kitaran hayat pelajar

Dengan penyelesaian yang tepat, anda boleh menarik pelajar, menguruskan hubungan sekolah dengan mereka, menggunakan analisa ramalan untuk meningkatkan hasil pembelajaran, dan meningkatkan pemasaran dan prestasi institusi.

Uruskan pengalaman pelajar

Tarik perhatian dan uruskan pelajar anda dari mula apabila mereka mendaftar sehingga mereka menerima ijazah malahan jauh kehadapan. Sama ada anda merekrut atau mengekalkan pelajar, Microsoft membantu melalui pendekatan berpusatkan pelajar untuk memberikan pengalaman yang unik untuk setiap pelajar, di samping memanfaatkan sepenuhnya sumber anda.

Kejayaan pelajar

Pelajar zaman kini yang cilik digital memerlukan lebih dari apa yang tersedia. Dengarkan bagaimana penyelesaian Microsoft menyediakan sebuah platform fleksibel agar institusi pendidikan mampu mengurus pelajar dari pendaftaran sehingga mereka menerima ijazah dan jauh kehadapan. Teknologi kami membantu kolej dan universiti untuk memberi fokus kepada perkara yang penting— kejayaan para pelajar.

Gunakan data untuk mengubah pengalaman pelajar

Dengan alat komunikasi yang tepat, sekolah anda boleh menarik dan melibatkan calon pelajar, mengawasi usaha pemasaran, dan menganalisa sentimen terhadap penjenamaan di kalangan pelajar, ibu bapa, dan alumni.

Kajian kes

Florida State University menggunakan data untuk meningkatkan pengalaman pelajar

Florida State University menggunakan MIcrosoft Power BI untuk menambah baik pengalaman pelajar dan meningkatkan penarafan Universiti dari kedudukan 43 ke 18.

Perkasakan penglibatan pelajar dengan chatbot pelajar dikuasakan AI

Universiti dan kolej boleh mentakrifkan semula penglibatan mereka dengan pelajar dan memikirkan semula cara pelajar menimba pengalaman di institusi mereka melalui teknologi yang didayakan AI menggunakan Power Platform dan Azure.

Kajian kes

NSU melibatkan pelajar dengan chatbot yang didayakan AI menggunakan Microsoft Azure

Dalam usaha universiti-universiti mendefinisikan semula pengalaman pelajar, Nova Southeastern University mengubah cara ia menyokong pelajar, dengan menggunakan satu chatbot AI pada satu masa. Menggunakan Rangka Kerja Bot Microsoft dan Perkhidmatan Kognitif Azure, NSU menawarkan usaha luarbiasa untuk melakarkan cara baharu untuk melibatkan pelajar generasi seterusnya.

Dayakan pengalaman berpusatkan pelajar

Dynamics 365 dan Power Platform, sebahagian daripada platform awan bersatu Microsoft, menyenangkan anda menyesuaikan aplikasi kod rendah, papan pemuka, automasi, chatbot dan banyak lagi senario untuk disesuaikan dengan matlamat khusus institusi anda.

KAJIAN KES

Menggunakan Power Apps untuk mewujudkan komuniti pelajar

Southern New Hampshire University (SNHU) mencipta aplikasi komuniti pelajar, Intermix, yang menyediakan pengesyoran diperibadikan untuk kelab, acara dan pelajar yang mempunyai minat yang sama. SNHU membina aplikasi ini menggunakan Power Apps, yang membolehkan kemas kini dibuat dengan pantas dalam persekitaran kod rendah.

Tonton kajian kes SNHU

Ketahui lebih lanjut mengenai penyelesaian kitaran hayat pelajar

Berhubung dengan pakar

Tingkatkan pengalaman pelajar dengan produk Microsoft yang berkuasa dan penyelesaian rakan kongsi bertaraf dunia

Tingkatkan pengurusan kitaran hayat pelajar dengan produk Microsoft yang berkuasa dan penyelesaian rakan kongsi bertaraf dunia.

Microsoft Azure

Bina, laksana dan urus aplikasi dengan set perkhidmatan-perkhidmatan awan yang komprehensif di Microsoft Azure.

Microsoft Office 365

Pelajar dan guru layak mendapatkan Microsoft Office 365 Education, termasuk Word, Excel, PowerPoint, OneNote, dan Teams.

Dynamics 365

Penyelesaian bersepadu dalam Microsoft Dynamics membantu institusi memantau pelajar secara menyeluruh untuk meningkatkan penglibatan.

Power Platform

Perkasakan semua orang untuk membina penyelesaian transformatif dengan mudah melalui Power Platform termasuk Power Apps, Power Automate, Power Virtual Agents, dan Power BI.

Cari rakan kongsi Microsoft Education yang sah

Rakan kongsi Microsoft menawarkan penyelesaian pembelajaran dan pentadbiran sekolah dan perkhidmatan yang direka untuk memenuhi keperluan semasa dan masa depan sekolah anda.

Cari Rakan Kongsi

Lebih banyak sumber untuk pengurusan pelajar

Manfaatkan sepenuhnya data anda dengan Dynamics 365 dan Power Platform

Perkasakan Semua Orang untuk Membina Penyelesaian Transformatif dengan Microsoft Power Platform untuk Pendidikan Tinggi

Dapatkan kajian Forrester Total Economic Impact untuk penyelesaian CRM yang dibina atas Microsoft Dynamics dan Azure

Dapatkan kertas putih tentang Mengimaginasi Semula pengajian tinggi sebagai pengalaman berpusatkan pelajar