eduv2.msftedu.com
Langkau ke kandungan utama
Pendidikan

Tonton acara Reimagine Education kami untuk mengetahui perkara baharu di Microsoft >

OneNote untuk Pendidikan

Bermula dengan percuma

Mengatur bilik darjah kini lebih mudak Didatangkan dengan ruang kerja peribadi untuk setiap pelajar, perpustakaan kandungan untuk bahan handout, dan sebuah ruang kolaborasi untuk pelajaran dan aktiviti kreatif, OneNote untuk Pendidikan memperkasa pelajar untuk mencipta kerja-kerja terbaik mereka.

Atur bilik darjah anda dengan OneNote

Alatan utama untuk mengatur bilik darjah, OneNote membolehkan anda mengatur pelan pembelajaran dan isi kandungan pelajaran anda di dalam buku catatan digital anda sendiri, dan memastikan agar anda sentiasa menjejaki setiap tugasan atau kilatan ilham.

Kekalkan kandungan anda di satu tempat

Simpan segalanya dalam OneNote dan gunakan keupayaan ‘cari’nya yang berkuasa untuk mencari apa yang anda mahu.

Akses nota anda pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

Akses dan edit buku catatan OneNote anda di mana-mana sahaja, pada mana-mana peranti.

Hidupkan nota anda

Dengan pendakwatan digital, nota tulisan tangan, diagram lakaran, video, dan gambar, OneNote menghidupkan nota anda.

Alatan pembelajaran

Memenuhi keperluan pelbagai kumpulan pelajar dengan Alatan Pembelajaran yang menyokong bacaan, penulisan, matematik, dan komunikasi.

Ada buku catatan untuk itu.

Sama ada anda seorang pelajar, guru, atau kaki tangan, terdapat sebuah Buku catatan OneNote yang dicipta khas untuk anda.

OneNote untuk pelajar

Hadiahkan setiap pelajar ruang peribadi, sebuah perpustakaan kandungan untuk bahan handout, dan ruang untuk berkolaborasi.

Buku catatan Kelas untuk guru

Para guru boleh mengatur pelan pembelajaran, mengumpul kerja rumah, dan menyediakan sokongan individu dengan mudah.

Buku catatan Kakitangan untuk pentadbir sekolah

Buku catatan Kakitangan menyediakan ruang kerja peribadi bagi setiap orang dan sebuah ruang berkolaborasi untuk semua.

Daftarkan seluruh sekolah anda secara percuma

Pelajar dan pendidik semuanya layak untuk mendapatkan Office 365 Education dengan percuma, termasuk OneNote, Word, Excel, PowerPoint dan Microsoft Teams baharu. Apa yang anda perlukan adalah alamat e-mel sekolah yang sah. Ia bukan percubaan - jadi bermula pada hari ini.

Latihan dan sokongan OneNote

Ubah bagaimana pelajar, guru, dan kakitangan berkolaborasi dengan kit peralatan OneNote, tutorial, dan sokongan secara percuma.

10 kegunaan terbaik menggunakan OneNote semasa anda mendidik dan belajar

Ketahui lebih lanjut mengenai 10 tip kegunaan terbaik mendidik dan belajar menggunakan OneNote dari sudut pendapat seorang pendidik.

Tutorial OneNote

Tutorial OneNote yang mudah difahami merangkumi semua topik daripada bagaimana untuk bermula hingga ke cara menghabiskan kerja rumah dengan lebih cepat.

Kit alatan OneNote untuk Guru

Pelajari cara untuk menjadi lebih teratur dan lebih produktif sambil membentuk dan menambahbaikan pelajaran anda dengan OneNote.

Sokongan OneNote

Dapatkan segala jawapan bagi OneNote dan OneNote Class Notebook di pusat bantuan pendidikan kami.

Soalan lazim

Kebanyakan ciri-ciri Buku Catatan Kelas yang anda ketahui dan gemari sudah terbina di dalam OneNote untuk Windows 11, dan yang lain akan menjejaki langkah ini pada musim panas nanti. Dan yang paling bagus, anda tidak lagi perlu memasang apa-apa tambahan yang berasingan. Buku Catatan Kelas, sticker, borang, dan banyak ciri-ciri lain yang anda gunakan di dalam bilik darjah kini telah diintegerasikan ke dalam OneNote untuk Windows 11. Pengalaman Buku Catatan Kelas untuk Windows 11 serupa dengan OneNote Dalam Talian, dan lebih banyak penambahbaikan akan disediakan dari masa ke semasa.

    OneNote untuk Windows 11 mempunyai semua ciri Buku Catatan Kelas yang sedia terbina di dalamnya, jadi anda tidak perlu memasang apa-apa tambahan lagi. Guru akan melihat tab Buku Catatan Kelas secara automatik, tetapi anda boleh mengaktifkannya secara manual pada bila-bila masa dengan mengklik butang Tetapan dan Banyak Lagi di sudut kanan atas, dan kemudian mengklik Tetapan> Pilihan> Alat Buku Catatan Kelas.

      OneNote untuk Windows 11, OneNote Dalam talian dan beberapa aplikasi moden yang lain mempunya ciri-ciri Buku Catatan Kelas yang sama, dan penambahbaikan akan dilakukan dari masa ke semasa.

      Ada beberapa ciri Buku Catatan Kelas OneNote 2016 yang tidak dapat disediakan sekarang, namun ianya akan dikeluarkan pada musim panas nanti. Ciri-ciri ini merangkumi Pembatalan Pembahagian Halaman, Pengedaran Perpustakaan Kandungan, Pembahagian Halaman kepada Individu atau Kumpulan Tertentu, dan Pembuatan / Pengedaran Bahagian Pukal Kumpulan.

        Ya - Seperti semua versi OneNote, OneNote untuk Windows 11 menyimpan salinan buku catatan anda sehingga anda dapat mengaksesnya walaupun anda berada di luar talian. Pada masa berikutnya yang anda menyambung ke Internet, semua perubahan yang anda buat akan diselaraskan ke OneDrive dan anda dapat melihatnya di peranti lain. Sila ambil perhatian bahawa anda boleh sentiasa melihat dan mengedit nota anda apabila anda berada dalam keadaan luar talian, beberapa ciri yang memerlukan Internet mungkin tidak boleh digunakan, seperti Pengecaman Aksara Optik, Researcher, membuat dan memadam buku catatan.